TV Online: Pemain Jerman Ini Cedera Parah & Hilang Ahli Keluarga Dalam Insiden Menembak

TV Online Indonesia – Perayaan Krismas hampir tiba tidak lama lagi dan kepada yang menyambutnya pasti dalam keadaan gembira serta tidak sabar untuk menyambutnya.

Mana tidaknya, pada waktu perayaanlah kita akan berkumpul dengan ahli keluarga dan sanak saudara untuk bertemu dan bermesra dengan mereka sambil menikmati juadah-juadah menarik bersama mereka.

Tetapi, bagaimana pula jika ada yang kehilangan ahli keluarga beberapa hari sebelum tiba hari perayaan?

Ini kisah Marc Wachs (gambar bawah) untuk anda.

Ditembak

Baru-baru ini terjadi satu kejadian yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja termasuk Wachs.

Wachs yang merupakan pemain di kelab Jerman iaitu Dynamo Dresden telah terlibat dalam satu insiden tembak menembak di jalanan berhampiran dengan kedai milik ibu saudaranya di Frankfurt.

Situasi itu telah menyebabkan Wachs kehilangan ahli keluarganya. Dalam kejadian tersebut, ibu saudara beliau telah mati kerana ditembak oleh penyerang yang menyerang mereka.

Kejadian tersebut telah meragut nyawa ibu saudaranya di tempat kejadian. Selain itu, bapa saudara Wachs juga telah menerima kecederaan serius ketika insiden tersebut.

Namun begitu, bapa saudaranya pula meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Wachs pula telah menerima kecederaan yang agak serius dan terpaksa melakukan pembedahan untuk memulihkan keadaan beliau.

Bersimpati

Tragedi yang menimpa Wachs telah mendapat perhatian meluas oleh media-media di Jerman dan Eropah.

Kelab beliau Dynamo Dresden antara pihak yang secara terbuka menyatakan simpati terhadap nasib yang menimpa beliau.

“Semua pihak di Dynamo Dresden terkejut, sedih dan tergamam dengan apa yang terjadi kepada Wachs.”

“Kami semua berada di pihak Wachs dan keluarga beliau. Kami akan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada beliau apabila diperlukan.”

Wachs telah pun selesai menjalani pembedahan dan pembedahan itu telah pun dilakukan dengan jayanya.

Dyanmo Dresden telah pun menyatakan hasrat untuk menjadikan Wachs dan keluarganya sebagai keutamaan kelab ketika ini.

“Wachs dan keluarganya sudah pasti terkesan dari segi mental dan fizikal, mereka masih lagi trauma. Dan mereka adalah keutamaan kami ketika ini.”

“Dan kami juga berharap agar semua pihak dapat menghormati privasi Wachs dan keluarganya ketika ini. Kami tidak mahu Wachs dan keluarganya diganggu buat masa ini.”

Wachs merupakan pemain muda di Dyanamo Dresden berusia 21 tahun dan bermain di posisi pertahanan.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang! Nonton bola di TV Online bola NingalTV.com

The post Pemain Jerman Ini Cedera Parah & Hilang Ahli Keluarga Dalam Insiden Menembak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA